
Samsung Bakal Perkenal Peranti Baru Lagi Pada 10 April 2019?!
Samsung dikhabarkan telah menjadualkan pengenalan peranti baru pada 10 April 2019. Buat masa ini tiada sebarang maklumat rasmi yang diketahui dan pihak Samsung masih berteka-teki mengenainya. Pun begitu, ramai membuat spekulasi ia berkemungkinan adalah peranti di bawah siri Galaxy A.
Enter the era of live. April 10, 2019 – Live on https://t.co/kDIR3TcbZ5 #SamsungEvent pic.twitter.com/EqN8wF04Wd
— Samsung Mobile (@SamsungMobile) March 18, 2019
Pun begitu, ia sekadar spekulasi semata-mata dan sama-sama kita tunggu 10 April depan untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawa oleh pihak Samsung. Adakah lagi gempak? Sama-sama kita nantikan!
Sekadar makluman, Samsung Malaysia telahpun melancarkan Samsung Galaxy A50 dan Galaxy A30 untuk pasaran tempatan dan ia ditawarkan pada harga sangat mampu – Galaxy A50 (6GB+128GB) – RM 1,199 & Galaxy A30 (4GB+64GB) – RM799. Maklumat lanjut, KLIK PAUTAN INI.

