vivo V15 SuperDay Sale Bakal Gegar 1 Utama Pada 23 Mac 2019 – Berpeluang Menang V15 & Banyak Lagi!

Korang buat apa je hujung minggu ni? Tidur? Ehhh Tak best lah…Ayuh memeriahkan hujung minggu korang dengan vivo V15 SuperDay Sale pada 23 Mac ini (SABTU) bertempat di One Utama Shopping Centre, Ground Floor, Highstreet.

Pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung bertuah termasuklah – dua orang pembeli bertuah V15 berpeluang untuk membawa pulang seunit vivo V15 secara percuma.

Selain itu, 50 pelanggan terawal membeli V15 berpeluang menerima kotak hadiah eksklusif bernilai RM299 dan kad hadiah petronas bernilai RM200.

Untuk 200 pelanggan seterusnya, mereka bakal menerima kotak hadiah eksklusif bernilai RM299 dan kad hadiah pertronas bernilai RM100.

Tidak ketinggalan, pelbagai aktiviti menarik turut  menanti anda seperti Claw Machine, Break the GoldEGG challenges dan 15 Second Challenge game – berpeluang memenangi vivo V15, basikal, luggage dan pelbagai hadiah eksklusif vivo!

You might also like