
Mi Notebook Air, Spesifikasi Bagus Dengan Harga Tidak Masuk Akal
Wow! Itulah reaksi pertama kami apabila melihat pengumuman rasmi Mi Notebook Air, komputer riba pertama dari Xiaomi. Cubaan sulung dari Xiaomi untuk masuk ke pasaran komputer riba setakat ini menepati semua kehendak pengguna, Mi Notebook Air mempunyai reka bentuk yang elegan (seakan-akan komputer riba Apple kan), spesifikasi yang bagus pada harga yang jauh lebih murah dari pesaing lain.
Mi Notebook Air hadir dalam dua variasi, iaitu model 12.5 inci dan 13.3 inci. Variasi 12.5 inci dikuasakan Intel Core M3, RAM 4GB dan 128GB SATA SSD. Model ini hadir dengan ukuran ketebalan 13.1mm, lebih nipis dari model Apple Macbook 12 inci.
Model Mi Notebook Air 13.3 inci pula dikuasakan pemproses i5 Intel Core generasi keenam, ditambah pula dengan Nvidia GeForce GPU 940MX, 8GB DDR4 RAM dan 256GB PCIe SSD. Slot kedua untuk pemacu SSD disediakan. Xiaomi memberitahu bahaw jangka hayat bateri untuk satu kitaran penuh mampu bertahan sehingga 9.5 jam, dengan bateri tersebut mampu mengecas sebanyak 50 peratus dalam 30 minit.
Masih tidak dapat dipastikan sama ada Mi Notebook Air akan dijual di luar pasaran China. Mi Notebook Air 12.5 inci dijual pada harga 3499 Yuan (RM 2135.35) dan model 13.3 inci pula 4999 Yuan (RM 3050.77 )

