Wajah Baru HERE Maps

2.1Sudah sekian lama HERE Maps menjadi pilihan ERING bagi navigasi offline, ia bukan sahaja mudah digunakan malah menjimatkan data dan bateri. Beberapa bulan yang lalu, HERE telah dilepaskan oleh Nokia kepada pemilik baru, dan kini ia muncul dengan antaramuka yang segar dan tambah baik fungsi.

HERE Maps kini dikenali sebagai HERE WeGo, sistem carian baru telah diintegrasikan di mana anda boleh memilih mod perjalanan atau kenderaan ke satu-satu destinasi. Anda boleh melihat informasi perjalanan dengan menaiki kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Sekiranya anda memilih pengangkutan awam, informasi tambang dan jarak perjalanan akan disediakan untuk anda. Selain itu fungsi navigasi offline yang amat sinonim dengan HERE masih dikekalkan.

Muat Tutun

You might also like