
HONOR kini telah melancarkan HONOR 9X Pro bagi pasaran tempatan yang mana ia akan dijual pada harga RM999.
Peranti ini ternyata sebuah peranti yang baik apabila ia dihadirkan dengan skrin yang menawan iaitu 6.59” HONOR Full View DIsplay dengan nisbah skrin ke kerangka mencapai 91%.
Bukan itu sahaja, ia turut dihadirkan dengan kuasa dalaman yang memukau bagi kelasnya apabila hadir dengan Kirin 810 7nm dan dipadankan dengan aspek memori 6GB RAM + 256GB ROM (UFS 2.1) yang memberikan prestasi yang menakjubkan.
TIdak terhenti disitu, ia turut memberikan prestasi kamera yang sangat baik apabila ia dihadirkan dengan 48 MP f/1.8)+ 8 MP (f/2.4) + 2 MP (f/2.4) bagi kamera utama dan 16MP( f/2.2) bagi kamera hadapan.
Ia turut dihadirkan dengan bateri berkapasiti 4000mAh dan dihadirkan dengan 2 varian warna iaitu Midnight Black dan Phantom Blue.
Jualan HONOR 9X Pro bermula d17 April ini dan pembelian peranti ini, anda akan mendapat HONOR Band 5i tetapi adalah terhad. Siapa cepat dia dapat!!