HONOR MagicWatch 2 42mm Sakura Gold Dijual Pada Harga RM799!! – Hadiah Percuma Bagi Pembelian Berupa HONOR Sport!!

HONOR bukan hanya memperkenalkan peranti HONOR 9X Pro, tetapi mereka turut memperkenalkan HONOR MagicWatch 2 42mm Sakura Gold yang mana ia akan dijual pada harga RM799!!

Jam tangan ini diperbuat daripada 316L Stainless Steel . Sungguhpun menawan, tetapi ia turut dikuasakan oleh Kirin A1.

Kapasiti baterinya juga adalah baik apabila ia mampu bertahan sehingga 7 hari bagi tempoh penggunaannya.

MEnariknya, anda boleh mengubah antara muka jap ini mengikut citarasa anda. Nak letak wajah anda juga tidak ada masalah.

Tampil dengan sokongan 15 mod kecergasan, ketahanan air sehingga kedalaman 50m, stroan sebesan 4GB dan sistem penglokasian dwi satelit.

Buat mereka yang ingin jam tangan ini, ia bakal dijual bermula 8 April ini dan boleh dilakukan menerusi laman sesawang HONOR dan di Shopee. Menariknya, anda bakal menerima HONOR Sport Pro secara percuma (selagi stok masih ada).

 

 

You might also like