Sesuatu Yang Istimewa Pada 12 Januari 2017 Dari HTC?

1HTC memuat naik status pada akaun Twitter mereka dengan sesuatu yang agak misteri. Tanpa sebarang khabar angin tentang peranti baru atau pun pembangunan major yang sedang dilakukan, HTC mengumumkan pada 12 Januari tahun hadapan sesuatu akan diumumkan untuk kita semua.

Mesej yang ringkas “For U” HTC membangkitkan rasa ingin tahu pengguna di laman Twitter mereka. Namun sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada “For U” ini berkait dengan model smartphone baru, perisian mahupun fungsi teknologi VR melalui HTC Vive, di mana sekarang ini HTC sedang bergiat aktif dalam pembangunan ekosistem dunia maya tersebut.

You might also like