Pek Bundle Untuk Anda Mula Membina PC Gaming

1NVIDIA telah mengumumkan sesuatu yang sedikit berlainan, istimewa dan yang paling penting sekali menarik.

Mereka telah melancarkan sebuah pek bundle perkakasan komputer khas bagi mereka yang bercadang untuk membina PC gaming mereka sendiri. Proses memilih komponen boleh menjadi sesuatu yang sukar bagi pengguna dengan lambakan pilihan dan spesifikasi di pasaran. Jadi langkah NVIDIA memperkenalkan pek ini sedikit sebanyak memudahkan pengguna dalam memilih komponen terpenting buat PC mereka.

2Di dalam pek ini, NVIDIA menyediakan kad grafik MSI GTX 1060 3GT OC (3GB), unit pembekal kuasa Corsair CX450M dan juga solid state drive Corsair Force Series LE 240. Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan asas di dalam sistem binaan komputer, kit ini amat berguna untuk memulakan projek binaan komputer gaming yang mampu memainkan permainan terkini pada kualiti 1080p. Selain itu, dengan memasang kad grafik ini bersama cip pemproses yang sesuai, komputer anda boleh diklasifikasikan sebagai VR Ready.

Pek bundle ini dijual pada harga Euro 399 (kira-kira RM1,857 ), namun masih belum diketahui sama ada NVIDIA akan membawa masuk pek ini ke dalam pasaran Malaysia.

You might also like