Olike Powerbank-03 Hadir Dengan Warna Baharu Royal Blue

Lebih kurang satu minggu lagi Olike akan melancarkan jam pintar Hey 3S dan XH3. Sementara menunggu ketibaan dua produk tersebut, Olike ingin memperkenalkan satu lagi warna baharu untuk Powerbank-03 (OPB-03) kepada para pengguna di Malaysia. Bagi melengkapkan pilihan warna yang sedia ada, Olike Powerbank-03 kini didatangkan dengan warna baharu, Royal Blue.

Powerbank edisi terhad ini dibekalkan bateri berkapasiti 10,000mAh bersama lampu indikator LED. Kelajuan mengecas juga menyokong sehingga 2.4A dengan fungsi auto-on dan auto-off dimana ia akan berhenti mengecas peranti sebaik bateri mula penuh. Disamping itu, Olite powerbank direka dengan pelbagai ciri keselamatan supaya pengguna dapat menggunakannya tanpa perlu risau.

Bagi yang berminat, Olike Powerbank secara eksklusif boleh didapati di kedai DirectD, Satu Gadget, Mobile2Go, kedai konsep Olite di Melaka, Kedah, dan Ipoh dengan tanda harga RM109 seunit.

You might also like