Semak Bekalan Topeng Muka & Hand Sanitizer Secara On The Go!

1191

Wabak COVID-19 (Coronavirus) yang dikesan lewat tahun 2019 telah mengakibatkan kematian dan bilangan jangkitan yang semakin meningkat, sehubungan itu penjagaan kebersihan adalah penting terutamanya memakai topeng muka apabila berada di tempat awam, serta rajin mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer.

Sejak tercetusnya wabak COVID-19, pembelian topeng muka dan hand sanitizer turut menjadi topik perbualan bagi semua orang kerana permintaan yang tinggi menjadikan ia bekalan tidak mencukupi.

Jadi, Persatuan Farmasi Malaysia (Malaysia Pharmaceutical Society) telah menyediakan sebuah peta interaktif yang membolehkan anda menyemak sama ada farmasi di seluruh Malaysia yang mempunyai stok topeng muka dan hand sanitizer.

Buat masa kini, peta ini boleh memaparkan lebih daripada 2000 kedai farmasi di seluruh Malaysia. Warna merah melambangkan masih ada stok, warna kuning melambangkan stok habis dijual dan warna biru adalah status tidak diketahui.

Layari Community Pharmacy Map [FACE MASK CHECK] untuk semakan secara on the go!