[TEASER] Video Ringkas Galaxy Note 8 – Kamera Berkembar Ke?

Dalam beberapa hari lagi, kita akan memperlihatkan Galaxy Note 8 secara rasmi. Desas-desus yang mengaitkan Galaxy Note 8 akan menggunakan dwi kamera, kini dilihat benar sama sekali kerana Samsung telah memuat naik sebuah video teaser terbaru yang menfokuskan fungsi kamera.

https://www.youtube.com/watch?v=0i6G6awOT3g

Apa yang ditekankan didalam video tersebut, sensor yang terbaru ini berupaya untuk zoom dengan jelas dan ia juga hadir dengan kemampuan untuk menangkap gambar bokeh. Selain itu, sudut lensa pada kamera Note 8 juga mungkin lebih lebar berbanding model sebelum ini.

Samsung Galaxy Note 8 akan dilancarkan di New York, AS 23 Ogos ini. Nantikan maklumat selanjutnya daripada kami ya!

You might also like