Siri HUAWEI P50 Bakal Dilancarkan Pada 29 Julai Ini??

Berita baik buat peminat HUAWEI apabila menurut satu desas-desus, siri HUAWEI P50 bakal dilancarkan pada 29 Julai ini yang mana mungkin hadir dengan 3 model iaitu HUAWEi P50, HUAWEI P50 Pro dan HUAWEI P50 Pro+.

Siri ini berkemungkinan hadir dengan dengan cip pemproses Kirin 9000. Bagi kamera pula, ia mungkin hadir dengan Sony IMX800 1 inci, sensor telefon terbesar setakat ini.

Namun sejauh manakah kesahihannya, perlu kita nantika ketika ia dlancarkan kelak.

You might also like