

Grab telah memperkenalkan program diberi nama GrabRewards dengan memberi mata ganjaran kepada pengguna setia mereka. Mata ganjaran yang diterima boleh ditebus kepada pelbagai barangan ataupun perkhidmatan termasuk Tesco, Motherhood, Zalora, Happy Fresh, dahmakan dan pelbagai lagi.
Ganjaran ini dikira berdasarkan kekerapan pengguna menggunakan perkhidmatan Grab, lebih banyak penggunaan lebih banyak ganjaran yang diterima. Pengguna akan mendapat satu mata ganjaran dengan setiap RM1 yang dibelanjakan. Berdasarkan perbelanjaan dari 6 bulan yang lepas, pengguna akan dikategorikan sama ada Silver, Gold atau Platinum manakala pengguna baru akan bermula dari bawah iaitu Member. Di samping itu, pengguna boleh mendapatkan sehingga 10 kali mata ganjaran jika membayar melalui cara GrabPay, manakala 5 kali mata ganjaran jika bayaran dibuat secara wang tunai.

Menariknya, untuk pengguna yang berada di kedudukan tertinggi iaitu Platinum, mereka akan dilayan seperti VIP dengan keutamaan diberikan apabila tempahan Grab dibuat. Selain itu, nombor telefon yang didaftarkan pada aplikasi Grab akan segera diberi bantuan jika memerlukan perkhidmatan pelanggan. Tambahan lagi, pengguna Platinum juga akan menjadi pengguna terawal mendapat ciri-ciri baru yang diperkenalkan oleh Grab.
Untuk mulakan ganjaran GrabRewards anda boleh ikuti langkah di bawah :
- Muat turun aplikasi Grab di Apps Store atau Google Play
- Masukkan lokasi untuk diambil dan lokasi untuk dituju
- Tekan ‘Book’
- Anda boleh menyemak mata ganjaran setelah selesai bayaran
Apa lagi, jom mula mengumpul sekarang!