Nessa Melancarkan Alat Bantuan Pendengaran Secara Rasmi Di Malaysia

Mr Olivier Carnohan, CEO Nessa

Nessa Malaysia telah melancarkan alat bantuan pendengaran untuk golongan yang kehilangan deria mendengar secara rasminya di Malaysia. Secara umumnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan seramai 360 juta orang mengalami masalah pendengaran dan di Malaysia sendiri, terdapat 3.8 juta warga emas mempunyai tahap masalah pendengaran tertentu.

Alat ini dicipta bertujuan supaya komunikasi antrara ibu dan anak serta mengembalikan dinamik keluarga. Beberapa pengguna termasuk Presiden Skuad 69 PDRM, Tuan Haji Abdul Aziz Bakar berkongsi perjalanan perubahannya selepas menggunakan alat bantuan pendengaran daripada Nessa. Alat bantuan pendengaran bertaraf dunia ini diperbuat di Denmark dengan kerjasama Apple dan sesuai untuk TV dan iPhone.

Menampilkan rekaan ringan dan selesa untuk dipakai, dengan berat hanya 3 gram dan sekecil wang syiling 10 sen, pemakaiannya hampir tidak kelihatan. Selain itu, ia akan menangani sebarang stigma bagi mereka yang enggan menggunakan alat bantuan pendengaran.

Keupayaan

Essential

Advanced

Premium

1

Tahap mendengar bunyi semula jadi

●●

●●●

●●●●●

2

Tahap tumpuan kepada ucapan

●●

●●●●

●●●●●

3

Penyesuaian diri dengan persekitaran sekeliling

●●●

●●●●●

4

Tahap keselesaan

●●●●

●●●●

●●●●●

5

Penyokongan peranti iOS / iPhone

Tidak

Ya

Ya

6

Sambungan ke telefon bimbit

Ya – bersama aksesori

Ya- terus ke iPhone

Ya- terus ke iPhone

7

Kemudahan penggunaan dan konfigurasi

●●

●●●

●●●●●

8

Tetapan peribadi

●●●

●●●●

●●●●●

 

Setiap pengguna digalakkan untuk mengunakan alat Nessa di kedua-dua belah telinga untuk pendengaran yang lebih baik dan berkesan. Harga bagi satu alat Nessa bermula dari harga RM4,000 untuk Essential sehingga RM7,000 untuk model Premium.

Mengikut pengalaman editor di majlis pelancaran itu, testimoni secara langsung yang dilakukan amat mengagumkan kerana warga emas yang memakai alat bantuan pendengaran Nessa ini boleh mendengar percakapan seseorang dalam jarak lebih dari 10 meter dengan nada yang normal.

 

You might also like