The MotherBox, Pengecasan Tanpa Wayar Pertama Di Dunia

Bila sebut mengenai teknologi pengecasan tanpa wayar, ia sepatutnya tidak memerlukan wayar apabila mengecas smartphone, tetapi sebaliknya bukan? Lebih menyulitkan, apabila sedang mengecas anda tidak boleh menggunakan smartphone tersebut.

Terbaru, indiegogo.com telah membangunkan sebuah projek teknologi pengecasan iaitu The Motherbox yang dibangunkan oleh Arrow Electronic. Ia merupakan pengecasan tanpa wayar pertama di dunia kerana tidak menggunakan wayar untuk disambungkan ke peranti.

Cara mengecas peranti juga mudah, di mana hanya perlu menggunakan casing yang ada, kemudian on The Motherbox. Anda masih boleh mengecas smartphone selagi berada di dalam kawasan The Motherbox.

Selain boleh berfungsi sebagai powerbank berkapasiti 7000mAh tanpa wayar, ia turut menyokong peranti yang dioperasikan oleh Android dan iOS. Peranti pengecasan tanpa wayar ini dijual pada harga USD 79 (kira-kira RM 347).

You might also like