
Garmin telah mengumumkan Forerunner 745, jam tangan pintar disertai dengan fungsi GPS. Penuh dengan fungsi penjejakan, notifikasi daripada telefon pintar, pemain music dan juga memantau tahap kesihatan anda.

Untuk membantu atlet menjalankan aktiviti Latihan mereka, Forerunner 745 penuh dengan fungsi pemantauan latihan dari segi latihan seperti kekerapan latihan dan tahap latihan. Sangat sesuai digunakan oleh atlet larian, bina badan dan juga berbasikal.
Bukan itu sahaja, sekiranya di dalam air, Forerunner 745 dapat menjejak jarak, strok, langkah dan jugak rekod individu anda untuk aktiviti renang.

Direka untuk pemakaian sepanjang hari, Pulse Ox sensor4 akan memberikan gambaran yang jelas tentang rutin dan jadual pemakai seperti waktu tidur. Tambahan lagi, untuk wanita, jam tangan pintar ini mampu memantau pusingan haid anda.
Pengguna juga boleh menerima notifikasi, mesej, notifikasi sosial media, email dan banyak lagi, Selain itu, di reka dengan ciri keselamatan, bantuan oleh LiveTrack dapat memastikan kesayangan anda tahu di mana anda berada. Selepas menjalankan aktiviti riadah, Forerunner 745 akan mengemaskini status anda di Garmin Connect.

Harga & Ketersediaan
Bateri Forunner 745 mampu bertahan selama seminggu dalam mod jam pintar dan 16 jam dalam mod GPS dan 6 jam dengan mod GPS beserta music. Boleh didapati dalam warna hitam ,Neotropic, Magma, Red dan Whitestone. Harga runcit yang dicadangkan adalah RM 2,499.