Xiaomi Amazfit, Smartwatch Elegan Mampu Milik

1451
- Iklan -

1Xiaomi sentiasa sahaja mengagumkan pengguna dengan barisan produk mereka, syarikat tersebut mencipta reputasi sebagai salah satu nama yang disegani dalam dunia teknologi kerana mampu menawarkan produk pada harga yang jauh lebih rendah berbanding pesaing, namun dalam pada masa yang sama masih mempunyai kualiti produk yang baik.

2Terbaru, Xiaomi melalui salah satu syarikat di dalam ekosistem mereka, Huami, telah melancarkan sebuah jam tangan yang pada pendapat kami sangat cantik dan elegan. Jam tangan yang dikenali sebagai Amazfit ini hadir dengan skrin 1.34 inci beresolusi 300 x 300 piksel, cip pemproses 1.2 GHz, 512MB RAM dan juga ROM 4GB.

3Selain spesifikasi tersebut, jam tangan ini mampu melakukan tugasan am sebuah jam tangan pintar seperti mengesan kadar degupan jantung, penjejak aktiviti, sokongan sambungan Bluetooth, WiFi dan juga pembayaran tap & pay.

Amazfit akan mula dijual di negara China pada harga USD 125 (kira-kira RM 510), dan kami percaya pasti ramai pengguna di Malaysia berharap agar peranti ini segera hadir dalam pasaran tempatan.