SanDisk Extreme PRO USB 3.1, Prestasi SSD Di Dalam Saiz Kompak Pemacu USB

Western Digital Corporation, peneraju teknologi penyimpanan data telah memperkenalkan SanDisk Extreme PRO USB 3.1 yang kini menjadi pemacu USB terhebat yang ditawarkan syarikat tersebut. Pemacu tersebut mempunyai prestasi yang cukup hebat dari segi kelajuan dan kapasiti, ianya merupakan sebuah storan SSD di dalam saiz sebuah pemacu USB yang kompak.

SanDisk Extreme PRO USB 3.1 mampu mencapai kelajuan membaca sehingga 420MB/s dan menulis data sehingga 380MB/s. Dengan kelajuan tersebut, anda boleh memindahkan sebuah filem penuh beresolusi 4K di dalam jangka masa 15 saat sahaja.

SanDisk Extreme PRO USB 3.1 kini boleh didapati di Malaysia dengan variasi kapasiti 128GB dan 256GB dengan harga jualan RM469 (128GB) dan RM769 (256GB).

You might also like