MWC 2017: Samsung Memperkenalkan Galaxy Tab S3 Dan Galaxy Book

Pada acara MWC 2017, Samsung Electronics secara rasminya mengumumkan kehadiran Samsung Galaxy Tab S3 dan Samsung Galaxy Book sebagai tawaran peranti terbaru mereka.

Samsung Galaxy Tab S3, Tablet Audio Premium

Galaxy Tab S3 hadir dengan paparan 9.7 inci Super AMOLED yang mampu memberikan paparan  terbaik bagi video 4K. Di samping itu, Galaxy Tab S3 merupakan tablet Samsung pertama yang menampilkan speaker quad-stereo yang ditala oleh AKG by HARMAN bagi memberikan pengalaman audio premium.

Dioptimumkan untuk permainan mobil, Galaxy Tab S3 menggunakan protokol grafik Vulkan untuk memberikan kualiti dan prestasi terbaik semasa anda memainkan permainan bergrafik tinggi di peranti ini. Selain itu, tablet ini juga menyokong fungsi S Pen, membolehkan pengguna untuk menjadi lebih produktif, kreatif dan melakukan pelbagai kerja pada satu masa.

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S3
Paparan 9.7” Super AMOLED QXGA (2048×1536)
CPU Qualcomm Snapdragon 820
Quad Core 2.15GHz + 1.6GHz
LTE LTE Cat.6 (300Mbps)
Memori 4GB RAM + 32GB ROM / microSD sehingga 256GB
Kamera 13MP AF + 5MP, Flash
Port USB 3.1 (Type-C)
Sensor Accelerometer, Hall Sensor, RGB Sensor, Fingerprint Sensor, Gyro Sensor, Geometric Sensor
Sambungan Tanpa Wayar Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, 2X2 MIMO, Wi-Fi Direct, Bluetooth 4.2
GPS GPS + GLONASS, BEIDOU, GALILEO
Dimensi / Berat 237.3 x 169.0 x 6.0mm / 429g (WiFi) / 434g (LTE)
Bateri 6,000mAh / Fast Charging
Sistem Operasi Android 7.0 Nougat
Servis Samsung Samsung Smart Switch, Samsung Notes, Air Command, Samsung Flow

 

Samsung Galaxy Book, Ringan, Kompak & Mudah Dibawa

Terdapat dalam variasi model 10.6 inci dan 12 inci, Samsung Galaxy Book memenuhi keperluan produktif para profesional yang mencari komputer muadah alih. Ianya ringan, kompak dan sangat mudah dibawa ke mana-mana tanpa kompromi ke atas prestasi.

Samsung Galaxy Book 12″

Dibina di atas sistem operasi Windows 10, Galaxy Book menawarkan pengalaman desktop Microsoft Office bagi produktiviti yang maksimum. Ia juga mempunyai papan kekunci sentuhan yang lebih besar, lantas memudahkan pengguna melakukan tugasan mereka sambil bergerak.

Spesifikasi Samsung Galaxy Book 10.6” Samsung Galaxy Book 12”
Paparan 10.6″ TFT FHD (1920×1280) 12″ Super AMOLED FHD (2160×1440)
CPU 7th Gen Intel Core m3 processor, Dual Core 2.6GHz 7th Gen Intel Core i5 processor, Dual Core 3.1GHz
LTE LTE Cat.6 (300Mbps) LTE Cat.6 (300Mbps)
Memori 4GB RAM + 64GB /128GB eMMC / microSD sehingga 256GB 4GB RAM + 128GB SSD / 8GB RAM + 256GB SSD / microSD sehingga 256GB
Kamera 5MP FF 13MP AF+ 5MP
Port USB 3.1(Type-C), Micro SD USB 3.1(Type-C) x 2ports, Micro SD
Sensor Accelerometer, Hall, Light Accelerometer, Hall, Light
Sambungan Tanpa Wayar Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, 2X2 MIMO, Bluetooth® 4.1 BLE Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, 2X2 MIMO, Bluetooth® 4.1 BLE
GPS GPS + GLONASS GPS + GLONASS
Dimensi / Berat 261.2 x 179.1 x 8.9 mm / 640g (WiFi) / 650g (LTE) 291.3 x 199.8 x 7.4mm / 754g (WiFi / LTE)
Bateri 30.4W, Fast Charging 39.04W, Fast Charging
Sistem Operasi
Windows 10 Windows 10
Servis Samsung Samsung Notes, Air Command, Samsung Flow Samsung Notes, Air Command, Samsung Flow
You might also like