
Sepanjang bulan Ramadan, sementara negara masih terus berjuang untuk menentang COVID-19, beratus ribu rakyat Malaysia meneruskan tradisi secara maya dengan mengunjungi bazar menerusi Lazat Bazaar, pesta makanan dalam talian di Lazada. Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), peruncit, dan pengusaha gerai bazar tempatan, yang telah berhijrah ke dalam talian tanpa sebarang kos melalui pakej rangsangan Pintar Niaga Lazada, kini mampu mengekalkan perniagaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada penghujung bulan Ramadan ini dan menjelang Hari Raya.

Lazat Bazaar menawarkan khidmat penghantaran hari sama* untuk hidangan panas yang dipesan oleh pelanggan Lazada di lokasi terpilih di Shah Alam, Subang, dan Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Bazaar digital tersebut akan terus menghubungkan warga Kuala Lumpur dan Selangor dengan gerai bazar dan pasar tempatan kegemaran mereka sehinggalah sambutan Hari Raya yang akan datang. Makanan panas yang paling laris setakat ini di Lazat Bazaar adalah putu piring, diikuti oleh by martabak, kuih lopes, roti john, dan kuih tepung pelita.

Pakej rangsangan Pintar Niaga menawarkan yuran 0% bagi PMKS di Lazada, sambil memudahkan penjual mendapatkan latihan menyeluruh di Lazada University, kemudahan inovatif ‘Seller Centre’ (Pusat Penjual), kredit iklan RM300 secara percuma, slot pendedahan percuma, insentif baucar Penghantaran Percuma, sokongan khas 90 hari, dan banyak lagi.
Pada tahun lepas, PMKS di platform eDagang terkemuka ini telah menggandakan jualan mereka dengan pakej rangsangan dan sokongan yang diberikan oleh Lazada. PMKS di semua industri dialu-alukan untuk mendaftar sebagai penjual baharu menerusi pautan berikut (http://lzd.co/SellOnLazadaMY), manakala mereka yang ingin menjamu selera dengan juadah bazar Ramadan dalam keselesaan rumah sendiri boleh mengunjungi Lazat Bazaar di sini (http://lzd.co/LazadaMalaysia).