Samsung Galaxy C9 Pro, Peranti 6GB RAM Tambah Satu Pilihan Lagi!

Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan satu lagi peranti yang cukup solid untuk anda pilih dari jenama mereka. Galaxy C9 Pro merupakan peranti kelas pertengahan yang dilengkapi spesifikasi tinggi yang pastinya mampu berkhidmat dengan baik.

Samsung Galaxy C9 Pro dilengkapi pemproses 1.95GHz Octa Core untuk memastikan aplikasi dan kerja dilakukan dengan pantas dan stabil, cip ini pula dibantu dengan RAM berkapasiti 6GB dan stor dalaman 64GB yang boleh ditambah menggunakan slot microSD sehingga 256GB.

Tidak lengkap sebuah peranti Samsung jika ianya tidak mempunyai paparan SUPER AMOLED. Galaxy C9 Pro dilengkapi skrin SUPER AMOLED 6 inci beresolusi Full HD. Kerangka logam dan panel gelas 2.5D memberikan rasa premium kepada fizikal peranti ini.

Pada bahagian optikal pula, Galaxy C9 Pro dilengkapi kamera hadapan dan belakang yang sama hebat. Kedua-dua kamera ini mempunyai sensor 16MP dengan aperture f/1.9. Spesifikasi kamera ini pastinya akan digemari mereka yang gilakan selfie.

Pada mulanya Galaxy C9 Pro hanya dijual di pasaran China sahaja, namun Samsung Malaysia kini sudah membawa masuk model ini ke pasaran tempatan dengan harga RM 2,299.

Samsung Galaxy C9 Pro
Fizikal Panel gelas 2.5D + kerangka besi
Paparan 6.0” FHD Super AMOLED
Kamera Utama: 16MP PDAF (f/1.9) Dual LED Flash Rear
Hadapan: 16MP (f/1.9)
Pemproses 1.95GHz Octa-core
Memori 6GB RAM + 64GB ROM
microSD sehingga 256GB
Bateri 4,000 mAh dengan teknologi Fast Charging
Dimensi 162.9 x 80.7 x 6.9mm, 188g
Lain-lain USB Type-C
Pengesan cap jari
Dual SIM
You might also like