
Terdahulu iQoo yang juga merupakan sub jenama vivo mula mengacah orang ramai dengan kemunculan pendatang baru mereka iaitu iQoo Neo. Peranti ini masih mengekalkan rekaan takuk kecil seperti model iQOO namun, ia menampilkan sokongan spesifikasi yang lebih asas.
Memetik maklumat tersebar, iQOO Neo bakal diperkenal kepada umum pada 2 Julai 2019 dalam sebuah acara pelancaran yang dijadualkan berlangsung di China. Perkara ini didedahkan oleh Naib Presiden iQOO, Feng Yufei sendiri menerusi laman Weibo.
Maklumat tertiris sebelum ini mendedahkan iQOO Neo membawakan paparan skrin 6.38 inci AMOLED dan ketersediaan tiga kamera utama. Enjin dalam peranti ini dijana oleh Snapdragon 845 dan bateri pula sebesar 4,420 mAh (pengecasan pantas 22.5W). Ia juga dikatakan menyertakan teknologi 4D Game Shock 2.0 dan Super Liquid Cooling.
[SUMBER]