
Ini satu berita mearik buat pengguna HUAWEI sama ada Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X & Mate RS Porsche. Anda boleh menaik taraf peranti anda kepada EMUI 9.1 yang mana ia bermula dari 27 Jun.
EMUI 9.1 ini disertakan dengan EROFS, yang merupakan sistem fail yang sangat berkuasa yang mana pemampatan fail telah dipertingkat dan 20% lebih tinggi random read performance. EMUI 9.1 juga telah mempertingkatkan GPU Turbo kepada versi 3.0 yang menyokong 25 permainan. Ia telah mempertingkatkan prestasi dan mengurangkan penggunaan kuasa serta memberikan pengalaman gaming yang sangat baik dan frame rate yang tinggi.
Naik taraf ini juga turut membawakan “Moom Mode” bagi Mate 20 Pro and Mate 20 X, yang membenarkan pengguna merakam gambar bulan dengan lebih baik menerusi keupayaan super zoom dari tri-kamera Leica. Terdapat juga “incoming call video show” yang mengantikan nada dering yang lama. Pengguna boleh menetapkan video ringtone bagi setiap kenalan mereka.

Daftar untuk EMUI 9.1 sekarang!
Sebelum mendaftar untuk naik taraf, pengguna siri HUAWEI Mate 20 perlu berhati-hati dengan perkara ini.
- Sesetengah aplikasi third-party tidak serasi dengan Android 9.0 dan mungkin tidak boleh digunakan dengan baik (crashing, freezing, bateri cepat habis) mungkin berlaku. Bagi mengelak daripada masalah ini, pastikan ada mengemaskini applikasi anda di Google Play Store.
- Pastikan telefon anda tidak rooted.
- Pastikan telefon anda mempunyai lebih daripada 6GB ruang storan dalaman. Jika tidak kemas kini mungkin gagal. Bagi menyemak storan anda pergi Settings > storan.
- Pastikan versi telefon anda adalah versi baseline (bagi menyemak EMUI yang digunakan oleh telefon anda pergi Settings > System > About Phone). Jika telefon anda bukan versi baseline, kemaskini dengan pergi ke Settings > System > Software update > Chek FOR UPDATES. Maklumat mengenai versi perisian boleh di semak seperti berikut:
|
Model |
Versi Asal Perisian |
Sasaran Versi Perisian |
|
Mate 20 |
HMA-L29C 9.0.0.270 |
HMA-L29C 9.1.0.300 |
|
Mate 20 Pro |
LYA-L29C 9.0.0.267 |
LYA-L29C 9.1.0.300 |
|
Mate 20 X |
EVR-L29B 9.0.0.207 |
EVR-L29B 9.1.0.300 |
|
Porsche Design Mate 20 RS |
LYA-L29CP 9.0.0.277 |
LYA-L29CP 9.1.0.300 |
Jika peranti anda menepati kriteria seperti yang tertulis, pengguna boleh layari HiCare dan klik ‘Apply’ untuk mendaftar bagi EMUI 9.1 yang baru.
Buat masa ini, kemasi kini EMUI 9.1 hanya bagi model Huawei Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X dan Porsche Design Mate 20 RS. Bagi model lain akan tersedia tidak lama lagi. Nantikan!!!
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman rasmi Facebook HUAWEI.

