MWC 2017: Monitor Udara Dari Acer

Pada acara MWC 2017, Acer mengumumkan monitor udara yang direka untuk membantu kita mengawasi kualiti udara dalaman. Reka bentuk yang minimal dan moden membolehkan peranti ini disesuaikan di mana-mana ruang rumah. Info pengawasan kualiti udara akan dipaparkan di dalam aplikasi smartphone dan dengan mengintegrasikan IFTTT pada monitor ini, anda boleh mengaktifkan pembersih udara secara automatik.

Acer Air Monitor dilengkapi pelbagai jenis sensor yang mampu mengesan enam kualiti udara. Ini termasuklah mengesan TVOC (kadar organik), karbon dioksida, PM2.5, PM10, suhu dan kelembapan. Data-data ini kemudiannya boleh dilihat pada smartphone walau di mana jua anda berada.

Acer Air Monitor akan mula memasuki pasaran di negara-negara terpilih pada suku kedua tahun ini. Informasi lanjut seperti harga akan diumumkan nanti.

You might also like