
Selepas vivo mengumumkan penurunan harga sebanyak RM100 untuk model vivo V7 yang kini dijual pada harga RM1,199 pada pertengahan Disember yang lalu, kini sekali vivo telah menawarkan satu lagi tawaran menariknya sempena menyambut sambutan hari Natal.
Bermula dari 22 Disember 2017, pengguna boleh memiliki telefon pintar dengan keupayaan swafoto 24 Megapiksel terbaru iaitu vivo V7+ dengan harga hanya RM1,399 dan juga vivo V5s untuk RM999 sahaja. Tawaran hebat ini boleh dinikmati di kesemua kedai konsep vivo dan juga rakan niaga vivo di seluruh Malaysia. Lebih menariknya, pembelian model terpilih di kedai rasmi vivo di Lazada akan turut menerima jaminan waranti tambahan selama 6 bulan beserta hadiah percuma.
Selain itu dengan setiap pembelian model vivo V7 dan V7+ bermula dari 1 Disember sehingga 31 Disember 2017 ini, pembeli juga akan turut berpeluang untuk memenangi tiket Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.




