
Pengguna SwiftKey Pada Peranti Android Lapor Terima Cadangan Perkataan Serta Maklumat Peribadi Individu Lain
Aspek keselamatan data pada papan kekunci pihak ketiga yang sangat popular iaitu SwiftKey nampaknya telah tercalar, apabila baru-baru ini ada pengguna yang telah melaporkan menerima cadangan perkataan daripada pengguna lain. Lebih memburukkan keadaan, pengguna yang membuat laporan itu juga turut memberitahu bahawa dia juga turut menerima maklumat peribadi individu lain apabila menaip menggunakan SwiftKey.

Berdasarkan laporan yang diterima, masalah ini adalah berpunca daripada kesilapan ketika proses sync dijalankan dan ini sekaligus menyebabkan penerimaan cadangan perkataan dan juga maklumat peribadi dari bahasa yang berlainan. Menurut pengguna SwiftKey yang berhadapan dengan isu ini, laporan sudahpun dibuat melalui Twitter dan juga emel tetapi tiada sebarang maklum balas diterima daripada syarikat itu.

Selepas dilihat semula pada perbincangan yang telah dibuat di dalam sebuah forum popular, masalah ini dikatakan berlaku sebaik sahaja pengguna menjalankan proses factory reset pada peranti mereka. Apabila proses memadam cadangan perkataan dan juga akaun SwiftKey, cadangan bahasa Jerman yang mengandungi alamat emel yahoo.de telah dikekalkan pada peranti Android tersebut. Bahkan pengguna tersebut tidak lagi boleh mengakses cadangan perkataan dan juga data peribadi mereka.
Menyedari akan isu tersebut, pihak SwiftKey telah mengeluarkan kenyataan maklum balas seperti berikut :

