CES 2017: Lenovo Phab 2 Pro Membuka Pengalaman Baru Smartphone Dengan Aplikasi Teknologi Tango

1Lenovo Phab 2 Pro, telefon pintar pertama di dunia dengan teknologi Google Tango, kini sudah mula dijual di seluruh dunia. Pengenalan peranti ini membuka peluang kepada studio pembina aplikasi untuk menghasilkan aplikasi berpaksikan teknologi Google Tango ini untuk dirasai para pengguna.

Antara aplikasi permainan Google Tango yang telah pun dilancarkan adalah  Hot Wheels Track Builder, Fury of the Gods atau Crayola Warna Blaster. Selain permainan, anda juga boleh mengaplikasi teknologi Google Tango ini untuk membantu anda dalam tugasan harian, contohnya melalui aplikasi Measure yang menggunakan keupayaan persepsi kedalaman Tango untuk cepat mengukur bahagian dalaman dan objek dunia sebenar serta membolehkan pengguna untuk melihat ukuran dipaparkan dalam format maya. Manakala aplikasi iStaging pula membolehkan anda meletakkan perabot di sudut kediaman anda secara virtual.

2 lenovo_02-02

Bidang pendidikan juga boleh memanfaatkan teknologi ini melalui aplikasi Dinosaurs Among Us yang menjadikan kelas pembelajaran mengenai binatang pra-sejarah ini lebih menarik di dalam kelas. Selain itu aplikasi Solar Simulator pula boleh digunakan para guru untuk membentangkan teori mengenai ruang angkasa.

23_phab2_pro_google_tango_phantogeist-mobileGoogle Tango mempunyai potensi yang luas dalam membantu tugasa harian kita, dijangkakan impak teknologi ini lebih besar bagi sektor pendidikan di mana ia mampu mengubah suasana pembelajaran menjadi lebih imersif dan menarik.

You might also like