
Pelancaran Aplikasi VSP oleh polis dapat meningkatkan kerjasama antara polis dan orang awam!

Polis Diraja Malaysia melancarkan aplikasi VSP pada beberapa tahun yang lalu. Aplikasi ini membolehkan orang awam memberi informasi kepada polis mengenai bencana alam, jenayah dan kemalangan kereta untuk meningkatkan kerjasama antara polis dan orang awam. Baru-baru ini, seorang netizen mendedahkan bahawa dia akan outstation selama beberapa hari. Oleh itu, dia mendaftarkan melalui VSP supaya polis dapat melawati ke rumahnya setiap hari semasa meronda di kawasan tersebut.
Rakyat hanya perlu memuat turun dan mendaftar sebagai pengguna. Dengan app ini, rakyat dapat memberi maklumat seperti mengirim SMS, foto, video dan berkongsi lokasi tempat kejadian kepada polis secara langsung.

Maklumat yang diberikan oleh orang awam akan terus hantar ke Sekretariat VSP yang dibentuk oleh 5 pengawai polis dari Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, dan pusat kawalan polis di setiap negeri.
Jika korang rasa app ini berguna, kongsikanlah dengan rakan-rakan korang!