Rekaan Emoji Baru Akan Diterima Pengguna Samsung Dengan Kemas Kini Android Oreo

Emoji baru

Seiring dengan pengenalan paparan antaramuka Samsung Experience 9.0 serta kemas kini Android 8.0 Oreo pada Galaxy S8, Samsung telah membawakan set emoji baru dengan rekaan lebih baik dan menarik.

Menurut Samsung, perubahan reka bentuk set emoji pada Samsung Experience 9.0 ini mempunyai tekstur berbeza yang nampak lebih kemas berbanding set emoji pada Samsung Experience 8.5.

Di samping itu, sebanyak 239 emoji baru juga telah ditambah dalam kemas kini ini yang selaras dengan Emoji 5.0. Selain itu, terdapat juga perbandingan antara emoji oleh beberapa pengeluar lain seperti Apple, Google, Microsoft, Facebook dan juga Twitter.

Samsung Experience 9.0 vs Samsung Experience 8.5
You might also like