
Sempena sambutan Hari Kekasih, OPPO Malaysia telah mengadakan satu pertandingan ‘Valentine’s Photography’ dan anda berpeluang untuk memenangi OPPO F5. Peraduan ini bermula 6 Februari sehingga 20 Februari 2018. Bukan itu sahaja, peminat OPPO yang membeli telefon pintar OPPO di Kedai Konsep OPPO pada 14 Februari 2018 juga akan mendapat coklat Ferrero Rocher secara percuma!
Cara menyertai :
1. Anda perlu memuat naik gambar bersama pasangan dengan ayat kreatif.
2. Selepas mendapat kebenaran dari pihak OPPO, anda perlu berkongsi gambar tersebut di Facebook.
3. Pemenang hadiah utama akan menerima OPPO F5, manakala pemenang kedua akan mendapat smartband serta hadiah saguhati akan mendapat Ollie Doll.
Lebih istimewa, OPPO juga mengadakan ‘Members Day’ pada 18 Februari 2018, di mana peminat OPPO yang membeli OPPO F5 atau F5 6GB pada hari tersebut akan diberi ganjaran berganda. Pengguna boleh menebus pelbagai hadiah menarik dengan mata ganjaran di Kedai Konsep OPPO.
Sebagai meraikan Hari Kekasih pada 14 Februari ini, OPPO juga menyediakan video pendek untuk anda semua! Jom tonton…

