
CES 2017: Miix 720, Komputer 2 Dalam 1 Terbaru Dari Lenovo
Lenovo meneruskan usaha mereka untuk terus menjadi salah satu pengeluar komputer utama yang kompetitif dan inovatif. Pada acara CES 2017, mereka memperkenalkan peranti komputer 2 dalam 1, Miix 720 yang dilengkapi pelbagai perkakasan dan teknologi terkini di dalam sebuah pakej yang mudah dibawa ke mana-mana oleh golongan profesional.
Miix 720 dilengkapi kamera inframerah (IR) yang bersepadu dengan Windows Hello untuk proses pengecaman wajah anda untuk membuka komputer. Dengan itu anda tidak perlu lagi bersusah payah mengingat dan memasukkan kata kunci setiap kali anda mahu akses komputer anda. Fungsi pengecaman bio-metrik ini mempercepatkan lagi proses dan akses pengguna kepada perisian yang mereka mahukan di dalam komputer.
Di dalam beberapa situasi kerja, adalah lebih mudah untuk melakukan tugas dengan menggunakan tablet, contohnya ketika perbincangan di dalam kumpulan kecil. untuk tugas tersebut, anda boleh mencabut papan kekunci Miix 720 dan menggunakannya di dalam mod tablet, lantas memudahkan anda berkongsi peranti dengan rakan sekerja.
Dengan Lenovo Active Pen 210, anda boleh mengakses shortcuts untuk membuka e-mel dan memeriksa mana-mana suntingan dokumen yang anda mahu. Selain itu, Lenovo Active Pen 210 yang menggunakan Windows Ink amat sesuai untuk artis profesional, ia dilengkapi 4,096 tahap sensitiviti tekanan bagi menawarkan pengalaman lukisan yang tepat, seperti menulis di atas kertas.
Lenovo Miix 720 (bersama papan kekunci) akan dijual pada harga USD 999.99
(RM 4476.96) dengan pilihan warna Champagne Gold dan Iron Gray bermula April 2017.



