
Setelah menunggu sekian lama, Lenovo Malaysia akhirnya telah mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk peranti pintar gaming terbaru mereka, iaitu Lenovo Legion Duel.

Ada sesuatu yang menakjubkan buat kaki game apabila satu lagi peranti gaming terbaharu kini bakal menjengah pasaran yang dikenali sebagai Lenovo Legion Phone Duel yang mana ia dijual pada harga bermula dari RM3399!!

Menariknya peranti ini tampil dengan sebahagian spesifikasi yang menakjubkan. Hadir dengan skrin yang sangat baik iaitu 6.65: AMOLED yang mana ia hadir dengan kadar segar semula sehingga 144Hz.
Dari aspek dalaman pula, ia hadir dengan pemproses yang sangat berkuasa iaitu Snapdragon 865+ dan dipadankan dengna RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB.

Kamera juga sangat baik apabila ia hadir dengan 64MP + 16Mp bagi kamera utama dan hadir dengan kapasiti bateri 5000mAh dan pengecasan pantas 90W.
Berikut adalah harga jualan bagi Lenovo Legion Phone Duel:
- 12GB + 256GB: RM3399
- 16GB + 512GB: 3999