Aplikasi ‘Digi Family Safety’ Membantu Pemantauan Keselamatan Keluarga

Kolaborasi antara Digi dengan rakan keselamatan siber iaitu Protect & Save the Children (PS the Children) baru-baru ini telah berjaya merealisasikan kemunculan aplikasi mudah alih ‘Digi Family Safety’ yang boleh dimuat turun secara percuma. Menerusi aplikasi ini, pelanggan Digi boleh memasukkan ahli keluarga mereka ke dalam sistem bagi membantu proses pemantauan keselamatan keluarga secara atas talian.

pic 1

Untuk versi percuma, pelanggan Digi boleh memasukkan sehingga 2 peranti untuk dipantau pada satu-satu masa dan dengan bantuan aplikasi mudah alih ‘Digi Family Safety’, pergerakan mereka boleh dipantau kedudukannya. Bahkan jika salah seorang daripada ahli keluarga berada dalam kesusahan ataupun kecemasan, isyarat kecemasan SOS boleh dihantar kepada semua ahli keluarga yang lain dengan hanya satu klik pada butang khas yang disediakan.

2
Versi premium menyokong sehingga 7 peranti pada satu-satu masa dan anda boleh memantau di mana mereka berada.

Lebih menariknya, dengan langganan bulanan sebanyak RM5, pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan Premium yang menampilkan beberapa ciri tambahan seperti sokongan sehingga 7 peranti, fungsi Parental Controls yang boleh mengehadkan akses terhadap sesuatu aplikasi, dan juga fungsi Phone Security yang membantu anda untuk mencari, membunyikan nada dering, mengunci dan memadam data telefon pintar yang hilang atau dicuri.
Di dalam majlis pelancaran itu juga, PS the Children turut mengambil peluang untuk melancarkan buku keselamatan dalam talian iaitu #safeWeb4Kids. Buku yang disasarkan untuk golongan kanak-kanak ini telah dihasilkan sebagai panduan kepada mereka agar selamat dan lebih bertanggungjawab dalam membuat keputusan dalam talian.

3
Fungsi keselamatan menarik turut disokong seperti penghantaran isyarat kecemasan pantas dan juga keupayaan untuk menyekat akses aplikasi.

Aplikasi ‘Digi Family Safety’ sudah boleh dimuat turun sekarang pada peranti Android dan hanya tersedia mulai Ogos ini untuk peranti iOS. Pelanggan Digi juga berpeluang untuk mendapatkan akses premium secara percuma selama sebulan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://familysafety.digi.com.my

Muat turun aplikasi ‘Digi Family Safety‘ di Google Play Store

You might also like