Acer Iconia – Tablet Dengan Paparan Quantum Dot

Pada acara yang sama, Acer turut memperkenalkan siri di bawah kategori 10 inci iaitu Acer Iconia Tab 10 (A3-A50) dan satu lagi varian dengan dua bicu micro-USB bagi pilihan sambungan yang fleksibel iaitu Acer Iconia One 10 (B3-A40FHD), masing-masing dikuasakan dengan pemproses MediaTek dan Android 7.0 Nougat.

Acer Iconia Tab 10

Teknologi paparan Quantum Dot diguna pakai pada tablet ini memiliki ketebalan hanya 9mm sahaja. Ia direka bagi mengurangkan penggunaan tenaga tetapi masih lagi menghasilkan warna yang tepat dan keterangan yang tinggi.

Ia juga menerima ciri Acer MediaMaster yang dapat memberi pengguna tetapan untuk mendengar muzik atau menonton video. Sebagai tembahan, ia juga hadir dengan subwoofer yang menawarkan bunyi yang lantang dan jelas.

 

Acer Iconia One 10

Kelebihan yang ada pada model ini pula ialah terdapat dua sokongan bicu micro-USB dan OTG untuk memudahkan pemindahan fail data. Tablet Iconia One 10 (B3-A40FHD) ini boleh disambungkan dengan beberapa peralatan lain seperti tetikus atau pemacu cakera keras (HDD) atau papan kekunci Bluetooth sekaligus walaupun peranti sedang dicas.

Kedua-dua tablet ini mempunyai ciri-ciri pintar seperti:

  • EZ WakeUp (Gesture Mudah) – Dengan isyarat mudah, tablet ini akan bangkit dan memuat aplikasi pra-pilihan.
  • EZ Snap – Memudahkan pengguna untuk screenshot dengan tiga jari pada gambar sama ada untuk dibuang atau dikongsi.
  • EZ Mode – Membolehkan pengguna membuat tetapan antara muka untuk kegunaan kanak-kanak atau rakan-rakan.
  • Memory Cleaner – Menguruskan penggunaan memori, storan dan aplikasi untuk penggunaan yang optimum.

 

 

You might also like