MacBook Pro Terbaru Dengan Bar OLED Yang Sangat Menarik

display_largePeminat tegar Apple pasti memulakan pagi ini dengan melayari laman web Apple dan juga laman teknologi bagi mengikuti perkembangan pengumuman Apple. Awal pagi tadi Apple telah memperkenalkan MacBook Pro terbaru yang dikatakan lebih ringan, lebih nipis dan pastinya lebih power berbanding model sebelum ini. Ayuh kita lihat serba sedikit berkenaan MacBook Pro ini.

Touch Bar, Bar Sentuh OLED Dan Touch ID

2Ini bagi kami merupakan satu fungsi yang sangat bagus. Semua model (kecuali MacBook Pro 13 inci 2.0GHz) mempunyai sebuah bar skrin sentuh pada bahagian atas papan kekunci. Paparan pada Touch Bar akan bertukar bergantung kepada aplikasi yang sedang aktif di MacBook Pro, ia membolehkan anda mengakses dengan pantas fungsi-fungsi aplikasi. Selain itu model dengan Touch Bar juga hadir bersama fungsi Touch ID, kami rasakan kedua-dua fungsi ini patut dijadikan rujukan pada komputer riba akan datang.

Lebih Nipis Dan Ringan

34

Dari segi reka bentuk, MacBook Pro tahun ini lebih nipis dan ringan bagi setiap variasi model berbanding model terdahulu. Bagi mendapatkan saiz yang lebih ergonomik, Apple terpaksa menggunakan papan kekunci yang sama ada pada model 12 inci, namun papan kekunci tersebut telah ditala bagi mendapatkan respon yang lebih baik dan key travel yang selesa digunakan. Satu lagi perbezaaan yang boleh dilihat adalah pada saiz trackpad yang kini lebih besar.

Sambungan Terhad

5Ini agak mengecewakan bagi kami, perkara yang sama berlaku pada model terdahulu dan kini ia berlaku sekali lagi tahun ini. MacBook Pro 2016 hadir dengan hanya sambungan USB Type-C Thunderbolt 3 (4 port), tanpa sambungan card reader, USB-A port mahupun HDMI, nasib baik ada audio jack port.

Sudah Sedia Dijual

6MacBook Pro 2016 sudah sedia dijual di Malaysia, untuk mendapatkan MacBook Pro terbaru ini dan komputer riba ini akan mengambil masa 6-8 minggu untuk sampai kepada anda.

Harga Jualan

Model Harga
MacBook Pro 13 Inci
2.0GHz & 256GB
RM 6,299.00
MacBook Pro 13 Inci
2.9GHz & 256GB (Touch Bar & Touch ID)
RM 6,299.00
MacBook Pro 13 Inci
2.9GHz & 512GB (Touch Bar & Touch ID)
RM 8,399.00
MacBook Pro 15 Inci
2.6GHz & 256GB (Touch Bar & Touch ID)
RM 10,199.00
MacBook Pro 15 Inci
2.7GHz & 512GB (Touch Bar & Touch ID)
RM 11,999.00

 

You might also like