Kerjasama Vivo & Tmall Untuk Pengeluaran Peranti Pintar Baharu

Pengeluar peranti pintar vivo dan Pusat Inovasi Tmall Alibaba (TMIC) sedang bekerjasama untuk menghasilkan peranti pintar baharu mereka, yang dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Kerjasama ini boleh dikatakan sangat segar dan unik, kerana pengeluaran peranti pintar baharu ini sangat bergantung pada maklum balas pengguna yang dikumpul dan dianalisis oleh TMIC.

Menurut pihak vivo, matlamat utama mereka adalah untuk mencipta produk yang pelanggan mahukan dan berdasarkan keperluan mereka, yang penting dapat membezakan diri daripada pesaing lain.

 

 

You might also like