
Kalau korang sedang mencari smartphone dengan bateri berkapasiti tinggi, kami nak cadangkan anda sebuah model dari Oukitel yang baru sahaja dilancarkan.
Oukitel K7000 mempunyai bateri berkapasiti 7,000mAh, rasa-rasanya boleh tahan 2-3 hari tanpa masalah. Yang bestnya adalah walaupun berkapasiti tinggi, ketebalan kerangka sisi yang diperbuat daripada logam ini hanya setebal 4mm sahaja (tidak termasuk ketebalan panel depan dan panel belakang). Tricknya adalah pada konsep smartphone ini, ia hadir dengan sebuah casing dikenali sebagai “Matrix” yang juga bertindak sebagai powerbank berkapasiti 5,000mAh kepada smartphone ini. Gabungkan Matrix dengan Oukitel K7000, anda akan mendapatkan 7,000mAh kuasa untuk digunakan.
Oukitel K7000 dilengkapi skrin 5 inci 1280 X 720 piksel dan dikuasakan cip pemproses MediaTek MT6737 A53 1.3GHz Quad-core dan Mali T720. Pemproses tersebut pula disokong 2GB RAM dan juga 16GB memori dalaman dengan sokongan MicroSD sehingga 32GB.
Dari segi optikal pula, peranti ini mempunyai kamera utama 8 megapiksel dan 5 megapiksel kamera selfie. Bahagian panel belakang pula menempatkan pengimbas cap jari untuk tujuan keselamatan.
Oukitel K7000 hadir dalam variasi warna Rose Gold, Champagne Gold dan Space Gray, ia akan dijual pada harga RM 499 di seluruh Malaysia.





