Acer Spin 1 – Komputer Riba Fleksibel Yang Ringan Dan Nipis

Selain daripada komputer riba permainan dan tablet, Acer juga tidak lupa untuk melancarkan komputer riba fleksibel terbaru dengan rekaan yang anggun menggunakan kerangka logam malah masih lagi mengekalkan ciri nipis dan ringan. Dengan berat 1.25 kilogram serta kenipisan hanya 14mm, ia mudah dibawa ke mana-mana tanpa membebankan anda.

Acer Spin 1 ini menerima cip pemproses Intel® Pentium atau Intel® Celeron dengan RAM sebanyak 4GB DDR3L dengan pilihan storan 32GB/64GB/128GB eMMC dan perisian Windows 10. Dari segi paparan, ia didatangkan dengan jenis IPS sudut lihat selebar 178 darjah pada skrin bersaiz 11.6 inci 1920 x 1080 HD penuh. Bateri yang dimuatkan pula dapat bertahan sehingga lapan jam dengan penggunaan yang normal.

Sambungan Internet lebih pantas melalui Intel Wireless-AC (802.11ac 2×2) berbanding teknologi tradisional 802.11n 2×2 ditambah dengan fungsi Bluetooth 4.0, satu bicu USB 3.1, satu bicu USB 2.0, satu bicu HDMI dan satu slot kad microSD. Selain itu, ia juga lengkap dengan ciri Acer BluelightShield yang dapat menghalang sinaran biru daripada memasuki mata. Sudut hiburan pula menggunakan Acer TrueHarmony pada speaker yang diletakkan pada kiri dan kanan peranti.

Acer Spin 1 dijual bermula USD329 (kira-kira RM1,408) di Amerika Syarikat pada bulan Julai nanti.

You might also like