
Machines kini menawarkan pembelian secara atas talian untuk iPhone 6s Plus 128GB pada harga RM3,699 dan telah disertakan sekali dengan fon telinga PowerBeats 2 Wireless (berharga RM1,200) secara percuma. Pembeli boleh memilih untuk menerima pesanan secara penghantaran terus ke rumah ataupun mengambil sendiri pesanan yang telah dibuat terus dari kedai yang berhampiran.
Manakala untuk iPhone 6s Plus versi 32GB, Machines turut menawarkan potongan 50% untuk produk Beats terpilih. Promosi ini bermula dari 18 April lalu sehingga 31 Mei 2017.
Pembeli juga boleh membuat pilihan warna untuk peranti iPhone 6s Plus dan juga peranti Beats mengikut warna yang diingini sebelum pembayaran dibuat.