Gambar Jemputan Dikongsi, Xiaomi Mi MIX 2S Bakal Dilancarkan Pada 27 Mac Ini?

Sebelum ini kami ada berkongsi mengenai video acah Mi MIX 2S yang bakal menggunakan cip pemproses Snapdragon 845. Terbaru, gambar jemputan majlis pelancaran ini pula telah dikongsikan. Menurut gambar tersebut, Mi MIX 2S akan diperkenalkan secara rasmi pada 27 Mac 2018 yang berlangsung di Shanghai, China. Ia adalah tarikh yang sama dengan pelancaran Huawei P20.

Tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai telefon pintar ini, tetapi berdasarkan gambar yang tertiris sebelum ini, ia dilengkapi paparan skrin 6.01 inci OLED dengan nisbah 18:9 bersama lensa kamera Sony IMX363. Memori pula menyokong RAM 8GB dan storan sehingga 256GB.

Menariknya, terdapat gambar yang tertiris menunjukkan Xiaomi Mi MIX 2S akan mengguna pakai sistem keselamatan pengimbas cap jari pada skrin seakan vivo X20 Plus UD.

Sumber

You might also like