
TP-Link yang bertanggungjawab mengendalikan Neffos selaku pengeluar telefon pintar China telah mengumumkan model telefon pintar Neffos N1 pada acara MWC 2018 yang lepas. Baru-baru ini, Neffos juga telah menghantar jemputan kepada kami untuk sama-sama memeriahkan pelancaran rasmi Neffos N1 di Malaysia pada 15 Mac 2018 ini.
Neffos N1 hadir dengan sensor Sony IMX386 yang menawarkan dwi kamera 12 Megapiksel, juga merupakan pertama dalam barisan pernah dihasilkan. Ia boleh merakam imej monokrom dan satu lagi dengan imej RGB, menjadikan kedua-dua sensor dapat menangkap gambar dan jelas serta terang. Ia juga menyokong gambar latar belakang kabur atau lebih mudah dipanggil efek bokeh.
Selain dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio P25 berkelajuan 2.6Ghz, ia turut diserikan dengan RAM 4GB. Neffos N1 turut dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3260mAh bersama teknologi pantas.
Adakah Neffos juga akan membawa masuk sebuah lagi model yang diperkenalkan di MWC 2018 iaitu Neffos C7? Nantikan berita terkini dari kami 15 Mac 2018 ini.

