Kuala Lumpur Bakal Menerima Rangkaian Internet 5G Melalui ‘Facebook Terragraph’

Pada acara MWC 2018 yang lepas, Facebook telah mengumumkan mereka bersedia untuk membantu Kuala Lumpur dengan penawaran teknologi ‘Facebook Terragraph’. Sebuah teknologi untuk membantu pengguna dalam dan luar bandar mendapatkan rangkaian Internet 5G.

Lebih menarik, hanya terdapat dua bandar di dunia yang dipilih menerusi projek ini dan sebuah lagi bandar yang dipilih adalah Budapest, Hungary. ‘Facebook Terragraph’ bakal bekerjasama dengan Telenor dalam memberikan peluang buat orang ramai di seluruh Kuala Lumpur mengakses Internet dengan mudah dan pantas.

Teknologi ini juga disasarkan buat kawasan luar bandar sekitar Kuala Lumpur yang masih lagi mempunyai rangkaian Internet yang kurang memuaskan. Penggunaan teknologi gelombang kecil ini dikatakan dapat menghubungkan kepada beberapa rangkaian Internet di Malaysia dalam usaha untuk memberikan Internet yang pantas buat orang ramai.

Prototaip ‘Facebook Terragraph’ yang bakal dibangunkan sekitar Kuala Lumpur

Harapnya dengan bantuan teknologi terbaru daripada Facebook, hampir kesemua pengguna di Kuala Lumpur dapat menikmati penggunaan Internet dengan kelajuan yang tinggi. Kelajuan melebihi 100Mbps antara yang dijangkakan berdasarkan penggunaan rangkaian Internet 5G.

Sumber

You might also like