

Ramai di kalangan pengguna iPhone yang sering mengalami masalah kekurangan memori, dan dalam masa yang sama inginkan kad memori tambahan tetapi dalam masa yang sama mudah untuk memindahkan data bukan? Sini ada berita baik untuk anda!
Transcend telah mengumumkan dua peranti terbarunya di pasaran Malaysia dikenali sebagai JetDrive Go 500 dan JetDrive Go 300. Istimewanya kedua-dua peranti ini, ia menawarkan sambungan Lightning Connector dan juga USB biasa yang boleh disambungkan pada komputer, tablet mahupun smartphone yang dioperasikan oleh iOS dengan mudah sekali.
Kedua-duanya juga telah mendapat pengesahan MFi daripada Apple untuk memastikan keserasian dengan sebarang peranti yang menjalankan iOS. Hadir dengan sambungan USB 3.1 yang mampu memindahkan data lebih pantas 20MB/s untuk sambungan Lightning dan 130MB/s melalui sambungan USB.
Kedua-duanya menyediakan kapasiti berbeza yang boleh dimiliki mengikut keperluan iaitu 32GB hingga 128GB untuk JetDrive Go 300. Manakala JetDrive Go 500 hanya menawarkan dua kapasiti iaitu 32GB dan 64GB sahaja.
Harga Jualan Transcend JetDrive Go 300
- 32GB : RM269
- 64GB : RM379
- 128GB : RM579
https://www.youtube.com/watch?v=igmaAlljkVs
Harga Jualan Transcend JetDrive Go 500
- 32GB : RM309
- 64GB : RM439

