Kemas Kini iOS 9.3 Apa fungsi terbaru yang disokong?!

Selepas diperkenalkan dalam versi beta untuk tempoh beberapa bulan, akhirnya iOS 9.3 telah tersedia untuk dimuat turun oleh pemilik peranti keluaran Apple seperti iPhone dan juga iPad. Ketersediaan kemas kini iOS 9.3 yang telah diumumkan serentak dengan pelancaran iPhone SE dan juga iPad Pro 9.7 di dalam acara tahunan Apple Special Event ini telah memperlihatkan penambahbaikan lebih menarik pada platform yang eksklusif dioperasikan pada peranti keluaran Apple ini. Bagi memudahkan pembaca atau pemilik peranti iOS untuk melihat sendiri apakah fungsi terbaru yang telah diperkenalkan pada iOS 9.3 ini, ering akan memaparkannya antara fungsi utama yang menarik di dalam ruangan PREVIEW ini.

6 Fungsi Terbaru iOS 9.3

1. Night Shift

pic 1.1
Ikon ketiga pada Control Center menawarkan fungsi Night Shift untuk menapis cahaya biru yang berbahaya.
pic 1.2
(Kiri) Mod biasa dan (Kanan) Mod Night Shift.

Di antara kesemua fungsi baru yang diperkenalkan pada iOS 9.3, mod Night Shift merupakan fungsi yang berjaya menarik perhatian ramai. Ini kerana ia akan menukarkan keseluruhan warna paparan skrin agar kelihatan lebih warm kerana kajian telah membuktikan bahawa cahaya biru yang dipancarkan oleh paparan skrin boleh menyebabkan pengguna sukar untuk tidur. Sememangnya penyediaan fungsi ini sangat praktikal terutamanya bagi pengguna yang gemar membaca sebelum tidur.
Cara mengaktifkan :
1. Settings → Display & Brightness → Night Shift
2. Leretkan Control Center ke atas dan sentuh pada ikon ketiga untuk mengaktifkan mod ‘Night Shift’

2. Lebih banyak aplikasi pra-pasang sokong 3D Touch
2Dua model terbaru Apple iaitu iPhone 6s dan juga 6s Plus sememangnya unik berbanding model iPhone yang lain kerana ia telah menyokong teknologi 3D Touch yang sememangnya menarik untuk digunakan. Kini dengan kehadiran kemas kini iOS 9.3, Apple telah membolehkan lebih banyak aplikasi pra-pasang untuk menyokong teknologi 3D Touch. Ini termasuklah fungsi yang sangat praktikal iaitu akses pantas ke menu bateri, WiFi ataupun Bluetooth apabila anda menyentuh ikon Settings pada paparan skrin. Berbeza dengan versi beta sebelum ini, Apple telah menyingkirkan akses pantas ke menu Wallpaper. Selain itu, sentuhan yang lebih kuat pada ikon aplikasi Weather pula akan memaparkan lokasi tiga bandar utama anda.
Aplikasi pra-pasang lain yang sokong 3D Touch :
Music
Stocks
Health
News

3. Aplikasi Notes kini boleh dilindungi dengan kata laluan atau Touch ID

3Tidak dinafikan sudah menjadi trend pengguna untuk menyimpan maklumat penting, termasuklah kata laluan perbankan di dalam aplikasi nota di dalam smartphone bagi menggantikan penggunaan penggunaan kertas yang disimpan di dalam dompet. Namun begitu, penyimpanan data penting sebegini sebenarnya turut berisiko kerana aplikasi Notes pra-pasang pada iOS sebelum ini tidak boleh dilindungi. Dengan iOS 9.3 ini, nota yang telah disimpan boleh dilindungi dengan kata laluan ataupun menggunakan Touch ID yang memastikan data yang disimpan lebih selamat daripada dilihat oleh individu lain. Walau bagaimanapun, agak menjengkelkan kerana nota yang telah dilindungi itu masih boleh dipadam, malah beberapa perkataan pada nota yang disimpan tersebut masih boleh dilihat walaupun telah dilindungi.

4. Pengalaman aplikasi pra-pasang News lebih baik

4Kini ruangan For You pada aplikasi pra-pasang News di iOS 9.3 telah menawarkan pengalaman membaca yang lebih baik kerana artikel yang dipaparkan adalah berasaskan kepada minat anda. Secara automatik ruangan For You akan memaparkan topik yang trending dan juga yang menjadi Pilihan ering. Jika artikel tersebut turut disediakan dengan kandungan video, anda kini boleh terus memainkan video tersebut melalui paparan tersebut. Bahkan apabila anda memeriksa artikel terbaru, artikel terbaru akan dipaparkan dengan lebih cepat dan anda juga berupaya memaparkan kandungan artikel dalam mod landskap tanpa masalah. Namun begitu, aplikasi News ini masih tidak boleh menambah feeds daripada sumber luar yang tidak menerima kebenaran daripada Apple.

5. Penambahbaikan aplikasi Health

pic 5.1 Bagi anda yang sangat mementingkan aspek kesihatan dan juga kecergasan, aplikasi pra-pasang Health pada iOS 9.3 telah membantu anda untuk memudahkan pencarian aplikasi kecergasan atau kesihatan pihak ketiga. Kategori berbeza seperti Weight, Workout, dan juga Sleep telah disediakan dalam menu slider yang berasingan. Ini sekaligus memastikan aplikasi pihak ketiga dapat dimasukkan ke dashboard aplikasi Health dengan lebih mudah. Aplikasi ini juga berupaya memaparkan pergerakan, senaman, masa berdiri dan juga sasaran, dari Apple Watch yang anda pakai. Penambahbaikan aplikasi Health pada iOS 9.3 ini sememangnya sangat praktikal kerana anda berupaya melihat kesemua metrik kesihatan anda di dalam satu aplikas yang sama dan dalam masa yang sama mudah untuk berkongsi data dengan aplikasi pihak ketiga.

6. Aplikasi Education untuk iPad

pic 6.1Penggunaan iPad di kalangan pelajar dan guru di sekolah sememangnya membantu dalam proses pembelajaran. Kemunculan iOS 9.3 telah menawarkan kaedah pengajaran dan juga pembelajaran yang telah diperbaiki di mana ia menyokong lebih banyak pengguna. Selain itu juga, penyediaan fungsi baru ‘Classroom’ dan juga ‘Apple School Manager’ membolehkan setiap iPad disync secara automatik dan guru berupaya memantau dan mengawal kesemua iPad para pelajar di dalam kelas melalui peranti utama.

You might also like