Reviu Eksklusif: ZTE Blade A452, Pertaruhkan Bateri Sebesar 4000mAh

ZTE-BLADE-A452-DUAL

Walaupun hadir dalam kategori kelas pertengahan, ZTE Blade A452 telah menawarkan bateri yang besar iaitu berkapasiti 4000mAh. Tidak cukup dengan itu, ia tampil dengan fungsi baru yang dinamakan OTG Reverse Charge. Fungsi ini membolehkan anda mengecas smartphone lain dengan menggunakan peranti ini seperti sebuah powerbank. Malah kehadiran bateri berkapasiti 4000mAh juga mampu untuk mengecas peranti lain dengan lebih lama.

FIZIKAL:

1.Bateri Li-Ion Sebesar 4000mAhBateri Li-Ion Sebesar 4000mAh_meitu_1Bateri merupakan salah satu faktor penting yang dititikberatkan oleh pengguna hari ini apabila ingin membeli sesebuah smartphone bukan? Kehadiran Blade A452 pastinya pilihan yang tepat buat anda, di mana ia menawarkan bateri Li-Ion berkapasiti 4000mAh yang mampu bertahan lebih lama. Malah kehadiran mod Power Saving pula akan mematikan semua aplikasi yang tidak digunakan sekali gus mampu menjimatkan bateri smartphone anda.

2.USB On-The-GoUSB On-The-GoDengan bantuan kabel USB OTG, anda boleh terus melakukan pemindahan fail dengan lebih pantas dari smartphone ke pemacu USB dan sebaliknya. Fungsi ini nyata sangat praktikal bagi anda yang inginkan produktiviti optimum dalam menyelesaikan sesuatu tugasan walau di mana jua anda berada. Selain itu, anda juga boleh menyambungkan papan kekunci QWERTY dan juga tetikus komputer ke smartphone milik ZTE ini.

3.Sisi Smartphone

side
Berbeza dengan model ZTE yang menyokong kerangka unibodi, sisi kiri dan kanan Blade A452 ini kelihatan agak ringkas, di mana sisi kanan hanya menyediakan butang Power serta butang laras Volume sahaja. Manakala di bahagian sisi kiri pula kelihatan kosong tanpa sebarang butang mahupun slot kad SIM.

4.SpeakerSpeakerSpeaker Blade A452 terletak di bahagian bawah panel belakang kerangkanya. Ia menawarkan sebuah lubang speaker, walau bagaimanapun menyebabkan kualiti audio sedikit terganggu jika anda meletakkan smartphone ini di atas permukaan yang rata. Dari segi kelantangan dan juga kualiti audio, ia boleh dianggap memuaskan kerana kekuatan speaker yang dihasilkan tidaklah begitu lantang.

APLIKASI MENARIK:

1.OTG Reverse ChargeotgLupa untuk membawa bateri tambahan ketika keluar? Usah risau kerana smartphone ini tampil dengan fungsi baru yang dinamakan OTG Reverse Charge. Ia membolehkan anda mengecas smartphone lain dengan menggunakan peranti ini seperti sebuah powerbank. Malah kehadiran bateri berkapasiti 4000mAh juga mampu untuk mengecas peranti lain dengan lebih lama.

2.Family ModefamilyZTE Blade A452 juga sesuai untuk digunakan oleh golongan yang sudah berumur! Ini kerana, ia didatangkan dengan fungsi Family mode, di mana fungsi ini akan memaparkan UI yang lebih ringkas dan mesra pengguna. Selain mengekalkan fungsi yang sama, anda boleh menambah atau membuang fungsi yang tersedia jika merasakan ianya itu tidak diperlukan.

3.Mod Power Savingpower savingWalaupun telah dibekalkan dengan kapasiti bateri sebesar 4000mAh, pastinya ianya masih tidak mencukupi untuk pengguna tegar smartphone dalam melaksanakan tugasan seharian. Oleh kerana itu, ZTE telah menyediakan fungsi yang dipanggil Mod Power Saving. Ia pastinya sangat berguna buat anda kerana akan menjimatkan bateri dengan menutup aplikasi yang tidak digunakan.

4.Hard Keyhard keyApa yang editor suka mengenai smartphone ini adalah, ia hadir dengan dua pilihan butang yang dikenali sebagai Hard Key. Kini, anda boleh memilih butang Menu yang biasa digunakan sama ada butang Back, Home & Menu terletak pada sebelah kiri mahupun Menu, Home & Back dengan lampu LED berwarna biru.

Hasil Gambar:

NIGHT MODE - HDR OFF
NIGHT MODE – HDR OFF
NIGHT MODE - HDR ON
NIGHT MODE – HDR ON

 

KOMEN 
Jika anda sedang mencari sebuah smartphone dengan harga berpatutan serta mempertaruhkan pemproses yang memuaskan dan fungsi multimedia yang menarik, model terbaru daripada ZTE ini pastinya pilihan yang tepat! ZTE Blade A452 menawarkan paparan skrin berukuran 5.0 inci beresolusi 1280×720 piksel yang menghasilkan paparan skrin yang masih baik terutamanya dari aspek kontras, warna dan juga sudut pandangan. Manakala dari segi multimedia pula, ia hanya menawarkan lensa penggambaran beresolusi 5 Megapiksel dengan kebolehan membuat penggambaran sehingga 8 Megapiksel dan menyediakan pelbagai mod menarik yang boleh dicuba. Namun begitu, terlalu banyak aplikasi blueware dipasang pada smartphone ini.

 

 

You might also like