Tu Dia! Pebble Bagi 3 Peranti Sekaligus
Semalam kami ada share berita pasal Pebble kan, dan malam semalam masa tengah dinner dorang pun secara rasminya memperkenalkan 3 peranti untuk siri terbaru. Tersedak masa makan pasal cantik sangat, lagi-lagi yang Pebble Time 2. Hehe…
Okay, 2 dari 3 peranti yang diperkenalkan semalam adalah dalam kategori smartwatch dan satu lagi tu lain sikit dari wearable yang ada kat pasaran. Kita cerita pasal tu dulu la, sebab dia unik.

Pebble bagi nama kat dia Core, anda boleh klip benda ni kat baju, seluar, beg atau kat mana-mana je lah. Yang lagi best lepas anda pair Core ni dengan smartphone, anda boleh tinggal terus smartphone kat rumah, tak adalah rasa leceh nak usung smartphone ke hulu hilir masa buat aktiviti macam jogging, hiking, bawak basikal atau apa-apa je. Satu lagi, yang kaki Spotify tu mesti suka Core ni pasal dia boleh stream terus muzik dari Spotify, perghhhh…

Peranti kedua adalah Pebble 2, reka bentuknya hampir sama dengan Pebble Classic, cuma model terbaru ni banyak tambah baik yang Pebble dah lakukan macam kontra hitam dan putih yang lebih baik, jadi paparan lebih jelas walau anda guna Pebble 2 di bawah cahaya matahari. Selain tu ini merupakan siri pertama smartwatch Pebble yang ada heart rate monitor, so bolehlah anda rekod aktiviti dan kesihatan jantung, sesuai bagi yang aktif dalam aktiviti luar.

Yang last ni memang favourite dan idaman hati, Pebble Time 2! Kenapa? Sebab design dia lebih kemas dan kasual berbanding Pebble 2 yang geeky. Design yang kasual lebih mudah nak disesuaikan apabila pergi ke majlis-majlis. Selain itu Pebble Time 2 juga ada paparan warna yang lebih baik dari model-model sebelum ni, satu tambah baik yang memang ditungu-tunggu. Kedua-dua smartwatch terbaru Pebble mampu beroperasi lebih dari seminggu dengan hanya sekali cas penuh, Pebble 2 selama 7 hari dan Pebble Time 2 selama 10 Hari.
Nota!!
Harga yang ditunjukkan adalah harga cadangan runcit dari Pebble, anda juga boleh dapatkan model-model yang disebutkan pada harga yang lebih rendah dengan menjadi backers pada projek Pebble ni.
Macam mana nak jadi backers? Layari Kickstarter

