Saman Sana Sini

2.2_meitu_1Teknologi sedang berkembang dengan pesat, kes mahkamah pun sama berkembang, haha. Bukan Apple sahaja sekarang yang rajin menyaman, syarikat-syarikat lain pun dah turut serta. Kita sebagai pengguna mungkin tak terkesan secara langsung, namun ini adalah amat penting bagi pengeluar kerana mereka bersaing pada skala yang sangat besar.

Paling baru adalah Huawei mengheret Samsung ke mahkamah dengan mendakwa Samsung menggunakan teknologi telekomunikasi dan perisian yang dimiliki mereka tanpa keizinan. Menurut Huawei juga, sesetengah paten yang digunakan Samsung masih sah di sisi undang-undang kerana ia dilabel di bawah paten jenis Frand (lesen terbuka). Huawei pun tidak mahukan pampasan wang dari Samsung sebaliknya ingin meminta Samsung meminjamkan teknologi mereka sebagai proses perdamaian, because sharing is caring 🙂

 

You might also like