Siri + Speaker = Pesaing Google Home Dan Amazon Echo

3.1Korang mesti dah baca berita dari Google I/O di mana Google akan mengeluarkan Google Home , sebuah peranti pintar yang boleh membantu anda dengan tugasan di rumah, ia menyerupai fungsi Amazon Echo. Siapa orang Malaysia yang guna Amazon Echo di rumah? Bolehlah share sikit pengalaman anda di bahagian komen.

Okay, berbalik kepada pembantu pintar, selepas kemunculan Google Home, tidak lama lagi Amazon Echo terpaksa bersaing pula dengan peranti baru seumpamanya dari Apple. Menurut beberapa sumber teknologi, Siri akan diintegrasikan ke dalam unit speaker dan microphone bagi membolehkan peranti tersebut membantu anda dengan tugasan am di rumah.

Tidak dinafikan bahawa Siri merupakan virtual assistant yang bagus, namun adakah anda sudah melihat virtual assistant dari Google? Ia sungguh mengagumkan, tidak dapat dibayangkan bagaimana jurutera dan pakar perisian Google berjaya mencipta virtual assistant yang mampu memahami konteks perbualan yang kompleks. Jelaslah Apple perlu meningkatkan keupayaan Siri pada masa hadapan.

You might also like