Akhirnya! Kemas Kini Yang Diidamkan Pengguna Twitter

4.1Kaki Twitter pastinya sudah biasa dengan masalah ini, dengan semangat menaip reply atau status, akhir sekali tidak boleh post sebab melebihi had abjad, gigih pula edit satu satu perkataan bagi pendek. Salah satu sebab masalah itu jadi adalah Twitter kira sekali nama pengguna dalam had 140 abjad, dapat pula member nama panjang, makin terhad lah reply yang dapat ditulis.

Kini masalah itu semua tiada lagi! Twitter telah mengemas kini sistem Twitter mereka untuk memudahkan anda. Nama pengguna, video, gambar dan media lain tidak akan dikira dalam had abjad, YES!!! Kenapa saya suka? Sebab saya pun kaki Twitter.

Bukan itu sahaja, Twitter juga mengumumkan anda boleh melakukan retweet ke atas tweet anda sendiri. Jadi semua tweet lama anda boleh dibaca semula oleh rakan dan pengikut di laman sosial anda. Yang ini saya rasa tak akan guna sangat, rasa biasa-biasa sahaja.

Okay bye, nak main Twitter.

You might also like