
TP-Link Melancarkan Smartphone Neffos
TP-Link lebih dikenali sebagai salah satu syarikat pengeluar peranti rangkaian, rata-ratanya produk mereka banyak digunakan di pejabat dan rumah untuk sambungan peranti antara peranti dan peranti dengan Internet.
Namun pada awal tahun ini mereka telah mengumumkan sesuatu yang sangat menarik, di mana TP-Link secara rasminya akan menghasilkan smartphone dan ia bakal memasuki pasaran Malaysia dalam masa terdekat. Smartphone tersebut dikenali sebagai Neffos dan terdapat dua model yang ditawarkan iaitu C5 dan C5L.


| C5 | Spesifikasi | C5L | ||
| Android 5.1 | Sistem Operasi | Android 5.1 | ||
| MTK MT6735 4x Cortex-A53 1.3GHz | Pemproses | Qualcomm MSM8909 ARM Cortex-A7 1.1 GHz | ||
| 144 x 72 x 8.8 mm | Dimensi | 136 x 67.7 x 10.15 mm | ||
| 5 inci IPS HD 293.7PPI | Paparan | 4.5 inci FWVGA 217.7PPI | ||
| 2 GB | RAM |
Memori |
RAM | 1 GB |
| 16 GB | ROM | ROM | 8 GB | |
| sehingga 32 GB | MicroSD | MicroSD | sehingga 32 GB | |
| Utama : 8 megapiksel
Depan : 5 megapiksel |
Kamera | Utama : 8 megapiksel
Depan : 2 megapiksel |
||
| 2200mAh | Bateri | 2000mAh | ||
| Pearl White, Dark Grey | Warna | Pearl White, Dark Grey | ||
Masih tiada pengumuman rasmi tentang harga jualan bagi kedua-dua peranti di Malaysia, namun jika anda melayari stor atas talian Lazada, C5 dijual pada harga RM 539 dan C5L pada harga RM 359. Jadi anda boleh menjangkakan harga tersebut merupakan harga rasmi jualan atau sekitar harga tersebut.

